Jumaat, 2 Ogos 2013

RAHSIA HATI


Tajuk : Rahsia Hati
Penulis : Azimah Lily
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0246-49-9

SINOPSIS:
“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

Tengku Dania Dahlia – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...

Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, Tengku Dania Dahlia bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, Tengku Dania Dahlia ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - Hairi Azwan

“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - Tengku Dania Dahlia

Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!

Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

Tapi kenapa Tengku Dania Dahlia seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran Hairi Azwan? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?

Bocorkan rahsia ini dalam Rahsia Hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan